Home I Next

Lagipun perjalanan kami masih jauh, masa yang ada cukup singkat. Saya cuma perhatikan saja apa yang berlaku seterusnya. Saya ada juga kutip cerita daripada kawan-kawan yang pernah datang ke sini dan juga pelajar-pelajar saya yang tinggal berhampiran dengan masjid ini. Ada yang memberikan view positif dan ada juga sebaliknya. Antaranya, para jamaah mengganggap imam itu adalah seorang wali Allah....banyaklah keajaiban-keajaiban yang berlaku seperti yang diceritakan pada saya. Timbul persoalan, kenapakah MUIS tidak ambil peranan dalam menangani hal ini. Respon yang saya terima ialah dah banyak kali MUIS buat muzakarah dengan diaorang, tapi gagal mencapai penyelesaian...masing-masing berpegang dengan dalil masing-masing. Kalau anda pernah sampai ke Lahad Datu, di sini ada dua buah masjid, satunya masjid Tuan Muda ini dan satu lagi masjid kelolaan MUIS yang terletak di tempat yang agak tinggi sedikit yang membolehkan kita melihatnya dari jauh  bilamana kita masuk bandar Lahad Datu. Saya akan berusaha mengutip maklumat mengenai masjid dan ahli jamaah masjid ini daripada pelabagai sumber insya-Allah.
[Gambar - para jamaah sedang melakukan solat sunnah ba'diyyah Zohor...kelihatan di depan berhampran dengan mihrab ialah imam masjid, seorang keturunan arab]


Source : Canon EOS 888 Camera
Cameraman : Mazuki Izani Ismail El-Besuty
BANDAR LAHAD DATU, Sabtu 25 November 2000, 01:
30 tengahari