Sambil tunggu diaorang sedang berbelanja apa yang
patut, saya asyik sibuk cari posisi atau view yang menarik untuk
bergambar...akhirnya jumpa lah kat sini hehehehe...belakang kedai..."Ustaz,
tolong klik sat", minta saya kepada ust. Bungsu.....Hmm.. hensem kan ?!
Yang berbaju merah tu Naim, sekarang dah
bertugas di UPM Serdang sebagai pensyarah di sana. Dia berkhidmat di UiTM Kampus
Kota Kinabalu ini selama lebih kurang 6 bulan sahaja. Selepas dapat tawaran UPM,
dia resign UiTM dan join UPM....dia balik 30 November 2000.
Kami meneruskan perjalanan lagi...di dalam perjalanan, kami mencari-cari sebuah
masjid untuk mendirikan solat Jumaat, namun hampa...susah betoi nak cari masjid.
Walau bagaimanapun kami pass the prayer...it's doesn't matter we all were
musafiriin that time. Akhirnya kami tiba di pekan Telupid kira-kira jam 2:00
petang. Lunch di salah sebuah restoran then solat Zohor dan Asar (jama' &
qasar) di sebuah masjid di sana. Selepas solat, hujan gerimis mulai turun, namun
kami tetap meneruskan perjalanan kami ke destinasi seterusnya. Kali ini Naim
yang drive. Hujan yang turun mulai lebat, jalan agak licin, kenderaan terpaksa
diperlahankan sedikit. Saya sempat terlena sekejap, sesekali terbukak juga
kelopak mata setiap kali tayar kereta melalui jalan yang tidak rata atau
menginjak lubang besar yang tidak sempat dielakkan oleh pemandu....Akhirnya kami
sampai di simpang ke Sepilok kira-kira jam 4:50 petang...
Source :
Canon EOS 888 Camera
Cameraman :
Ust. Bungsu Aziz Jaafar
NABALU, Jumaat 24 November 2000, 11:00
pagi