Home I Next

Antara amalan yang sering diamalkan oleh ahli-ahli jamaah di sini ialah takbir hari raya setiap selepas fardhu. Begitu juga dengan doa qunut...diaorang akan baca qunut setiap kali solat fardhu pada rakaat yang terakhir. Saya begitu terkejut dan juga tertarik dengan apa yang saya perhatikan sendiri depan mata saya. Sebelum ini ada saya dengar daripada cakap-cakap orang bahawa ada setengah-setengah penduduk di Sabah ini yang melakukan amalan ganjil seperti ini, tapi saya tak berapa percaya...tapi bila dah lihat sendiri dengan mata kepala sendiri, barulah saya betul-betul yakin dengan apa yang telah saya dengar. Cuma yang saya dengar tu saya tak tahu jamaah di mana, lastly yang saya jumpa ialah kat Lahad Datu ni....saya juga ada dengar bahawa ada juga yang puasa separuh hari pada puasa terakhir di bulan Ramadhan, tapi saya tak sure tu di aman. Mungkin jamaah dari masjid ini juga atau di tempat lain. Saya begitu berminat sekali unruk mengetahui apa lagi amalan-amalan yang tak serupa yang kita semua amalkan setiap hari. Ingin saja rasanya nak temuramah imamnya..(yang pakai iqal, sedang sembahyang dekat mihrab), tapi mungkin tak sesuai waktunya...


Source : Canon EOS 888 Camera
Cameraman : Mazuki Izani Ismail El-Besuty
BANDAR LAHAD DATU, Sabtu 25 November 2000, 01:
30 tengahari